Renungkanlah

Abdullah bin Mubarak berkata:-Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.

Kulliyah Ust Zahazan

Tafsir at-tahrim siri 1
http://www.mediafire.com/?izdxjjwynml
Tafsir at-tahrim siri 2
http://www.mediafire.com/?td0zmminyzj
Tafsir at-tahrim siri 3
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 4
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 5
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 6
http://www.mediafire.com/?q11jztzfnjm
Tafsir at-tahrim siri 7
http://www.mediafire.com/?j44hy0m2twd
Tafsir at-tahrim siri 8
http://www.mediafire.com/?t0mzklyuygy
Tafsir at-tahrim siri 9
http://www.mediafire.com/?nfe5nzlzmdd
Tafsir at-tahrim siri 10
http://www.mediafire.com/?dcwmmoyzaly
Tafsir at-tahrim siri 11
http://www.mediafire.com/?domxbnznzdn
Tafsir at-tahrim siri 12
http://www.mediafire.com/?gzqjyjkmayd
Tafsir at-tahrim siri 13
http://www.mediafire.com/?xj2myjmjgzd
Tafsir at-tahrim siri 14
http://www.mediafire.com/?zmjhm1itmgx
Tafsir at-tahrim siri 15
http://www.mediafire.com/?mldybyn1nzi

Tafsir at-tahrim siri 17
http://www.mediafire.com/?xnoyujzmtj4

Tafsir at-tahrim siri 19
http://www.mediafire.com/?qqzm4kmnh3l

Tafsir at-tahrim siri 21
http://www.mediafire.com/?yubuwmilymm
Tafsir at-tahrim siri 22
http://www.mediafire.com/?ryywdmjtzxm
Tafsir at-tahrim siri 23
vhttp://www.mediafire.com/?kombyggfjxn
Tafsir at-tahrim siri 25
http://www.mediafire.com/?mdz4rhwzj5j
Tafsir at-tahrim siri 26
http://www.mediafire.com/?fmmitvylzxy
Tafsir at-tahrim siri 27
http://www.mediafire.com/?h0kzwnmnght
Tafsir at-tahrim siri 28
http://www.mediafire.com/?dbwjd54wbtz
Tafsir at-tahrim siri 29
http://www.mediafire.com/?dndzylt4cnd
Tafsir at-tahrim siri 30
http://www.mediafire.com/?wzyeyjkkw2z
Tafsir at-tahrim siri 31
http://www.mediafire.com/?mjqxmzkehgo
Tafsir at-tahrim siri 32
http://www.mediafire.com/?jwtbqyyzvuy

Friday, February 3, 2012

~Kunci Tabir Kehidupan~


In The Name Of Allah Azza Wajalla, Most Gracious, Moast Merciful

Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya...

Ayat di atas, pada sesetengah orang yang mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati, menerima ayat ini dari sudut keilmuan dalam konteks ianya adalah kata-kata hukama' (ahli hikmah), oleh kerana ada sebahagian ulama' mengatakan ianya bukan hadis Nabi saw. Justeru bagi memelihara diri dan wara' serta bimbang termasuk dalam sabda Nabi saw yang mengatakan, siapa-siapa mendakwa sesuatu itu dariku (Nabi saw), tetapi sebenarnya bukan dariku, maka nerakalah lebih layak baginya.

Jika kita buka link ini - Hadith: Siapa Kenal Dirinya Maka Kenal Tuhannya?
kita mendapati beberapa pendapat dan pandangan ulama'. Bahkan ada ulama' yang mentafsirkannya dari sudut pandang keilmuan dan kefahaman yang mereka ada tetapi tidak lari dari kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.


Dalam Al-Hikam (Ibnu Athaillah), banyak terdapat kata-kata ahli hikmah, justeru banyak dari kalangan orang-orang soleh dan para wali seringkali mengeluarkan kata-kata hikmah dan sebahagian kata-kata hikmah itu terkumpul dalam kitab ini. Ramai guru-guru telah mensyarahkan kitab ini. Di Malaysia boleh dikatakan di setiap negeri ada ramai ustaz mengadap kitab ni. Di pondok-pondok, kitab ni boleh dikatakan antara yang perlu disyarahkan. Guru yang arif akan mensyarahkan kitab ini dengan baik.

Ok..balik kepada kalam hukama' - Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya...

Jika kita mahu memahami ayat di atas secara lafzi semata-mata, rasanya sukar difaham. Untuk mudah memahaminya kita buka sedikit dari maksud ayat ini...

Saidina Ali ra pernah mengatakan: Aku menyembah Allah yang aku nampak...Pada sisi aliran fekah serta aliran orang yang mahu memahami satu-satu ucapan atau perkataan secara lafzi semata-mata (termasuklah ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis bukan hanya kata-kata hikmah tertentu sahaja), mana boleh kan? Nampak Allah yang disembah sebab Allah tu laisa kamitslihi syai'un, ertinya Allah itu tidak sama dengan segala sesuatu. Tetapi ulama' ilmu ketuhanan, tarikat, tasauf dan kerohanian menerima perkataan-perkataan ini dengan huraian ilmu dan kefahaman mereka. Ada lagi satu hadis sahih yang berkaitan, iaitu tentang ihsan, engkau menyembah Allah seolah-olah engkau nampak Allah, jika tak dapat, engkau yakinlah menyembah Allah seolah-olah Allah nampak engkau.

Yakin tu rasa yang ada di dalam hati. Saidina Ali ra melihat Allah dari matahatinya. Saidina Ali juga terkenal kisahnya tentang solat yang khusyuk. Al kisahnya, Saidina Ali terkena panah, apabila hendak mencabut anak panahnya keluar semasa keadaan biasa, terasa sakitnya. Lalu Saidina Ali ra mengatakan cabutlah anak panah itu ketika aku solat...Itulah keadaannya ihsan..Itulah maksud Saidina Ali ra yang mengatakan Aku menyembah Allah yang aku nampak. Itulah maksud kata-kata hikmah -
Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya.
Jasad Saidina Ali seolah-olah binasa, tiada rasa sakit, tiada kesedaran sewaktu anak panah dicabut dari tubuhnya..Itulah maksud khusyuk dalam solat..Tentang khusyuk ni pun banyak juga huraian dan pendapat ulama', halaqian boleh membacanya dalam Ihya' Ulumuddin, Imam Al Ghazali rh..

Ulama' yang 'arif ilmu ketuhanan, sesetengah orang memanggil 'arifbillah, menghuraikan kalimah ismuz zat, lafaz jalalah Alif Lam Lam Ha "ALLAH" itu lebih mendetail. ZatNya, sifatNya, asmakNya dan af'alNya. Jadi dalam maksud perkataan Saidina Ali serta hadis ihsan itu, ulama' menghuraikan lagi maksud dan ertinya...
Allah yang mana yang dimaksudkan oleh Nabi saw dan Saidina Ali itu?
......
Huraian tentang solat juga diperdalami dengan lebih mendetail dari sudut keilmuan tetapi rukun dan syarat sama sekali tak boleh diabaikan...rukun dan syarat itu diperincikan lagi ilmu dan kefahamannya....umpama nak makan kuih, supaya kuih lebih halus dan sedap terasa kelazatannya, lalu digali ilmu pembuatan kuih itu supaya kuih lebih berkualiti..Huraian tentang solat juga diperdalami dengan lebih mendetail dari sudut keilmuan tetapi rukun dan syarat sama sekali tak boleh diabaikan...

rukun dan syarat itu diperincikan lagi ilmu dan kefahamannya....umpama nak makan kuih, supaya kuih lebih halus dan sedap terasa kelazatannya, lalu digali ilmu pembuatan kuih itu supaya kuih lebih berkualiti..

Zulfadhli Othman,sudan(compelx Petronas),
11 rabiulawal 1433,
3:17 P.M

No comments:

Post a Comment