Renungkanlah

Abdullah bin Mubarak berkata:-Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.

Kulliyah Ust Zahazan

Tafsir at-tahrim siri 1
http://www.mediafire.com/?izdxjjwynml
Tafsir at-tahrim siri 2
http://www.mediafire.com/?td0zmminyzj
Tafsir at-tahrim siri 3
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 4
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 5
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 6
http://www.mediafire.com/?q11jztzfnjm
Tafsir at-tahrim siri 7
http://www.mediafire.com/?j44hy0m2twd
Tafsir at-tahrim siri 8
http://www.mediafire.com/?t0mzklyuygy
Tafsir at-tahrim siri 9
http://www.mediafire.com/?nfe5nzlzmdd
Tafsir at-tahrim siri 10
http://www.mediafire.com/?dcwmmoyzaly
Tafsir at-tahrim siri 11
http://www.mediafire.com/?domxbnznzdn
Tafsir at-tahrim siri 12
http://www.mediafire.com/?gzqjyjkmayd
Tafsir at-tahrim siri 13
http://www.mediafire.com/?xj2myjmjgzd
Tafsir at-tahrim siri 14
http://www.mediafire.com/?zmjhm1itmgx
Tafsir at-tahrim siri 15
http://www.mediafire.com/?mldybyn1nzi

Tafsir at-tahrim siri 17
http://www.mediafire.com/?xnoyujzmtj4

Tafsir at-tahrim siri 19
http://www.mediafire.com/?qqzm4kmnh3l

Tafsir at-tahrim siri 21
http://www.mediafire.com/?yubuwmilymm
Tafsir at-tahrim siri 22
http://www.mediafire.com/?ryywdmjtzxm
Tafsir at-tahrim siri 23
vhttp://www.mediafire.com/?kombyggfjxn
Tafsir at-tahrim siri 25
http://www.mediafire.com/?mdz4rhwzj5j
Tafsir at-tahrim siri 26
http://www.mediafire.com/?fmmitvylzxy
Tafsir at-tahrim siri 27
http://www.mediafire.com/?h0kzwnmnght
Tafsir at-tahrim siri 28
http://www.mediafire.com/?dbwjd54wbtz
Tafsir at-tahrim siri 29
http://www.mediafire.com/?dndzylt4cnd
Tafsir at-tahrim siri 30
http://www.mediafire.com/?wzyeyjkkw2z
Tafsir at-tahrim siri 31
http://www.mediafire.com/?mjqxmzkehgo
Tafsir at-tahrim siri 32
http://www.mediafire.com/?jwtbqyyzvuy

Tuesday, March 20, 2012

Sentuh Al Quran Tanpa Wudhu`

assalamualaikum…

ana sedikit kemusykilan,saya rasa soalan ini mungkin dah dijawab oleh ahli2 panel namun setelah penat mencari dalam al-ahkam saya masih tak dapat jawapannya..

apakah hukum menyentuh alquran tanpa wuduk???????saya tak pasti …
ada yg kata tak apa ia hanya adab2 terhadap al-quran..betulke?
ada pula yg kata wajib apa dalailnya?
‘illalmutahharun” tu merujuk kat sape?

terima kasih atas jasa baik ustaz2 ..
wassalam..

jawapan:

Pertama: Ijma’ fuqaha’ menetapkan harus membaca alQur’an tanpa wudhu‘ dan tanpa menyentuh musyhaf, namun berwudhu’ itu lebih afdhal (Imam Syaraf anNawawi, alMajmu’ Jld 2, ms 76)

Kedua: Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur’ani alWaqi’ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

Para pentahqeeq (penilai semula) terdiri dari pentarjih hadis dan ahli tafsir alQur’an berpendapat orang berhadas kecil dan besar boleh membawa, menyentuh dan membaca alQur’an. Antaranya ialah Imam alHafidz asySyawkani (nailool Awthor, Jld 1), Imam alHafiz Ibn Hajar (Fathul Baari, Jld 1) mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu alQur’an yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah alWaqi’ah yg secara mutlak merujuk kepada Malaikat, kerana ayat 11-16 (S Abasa) dan ayat alBuruj 21-22) memperkuatkan tafsiran ayat 79 (S Waqi’ah) itu adalah Malaikat. Dari pengkaji hadis pula mendapati hadis-hadis yg menegah orang hadas menyentuh alQur’an ada cacatnya.

Seorang pengkaji semula hukum-hukum fiqih dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad,as-ilatu thalatah Haulaha al Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha’ ini,. hukum pertengahan ialah Makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa musyhaf.

awapan Ustaz Nahzaluz dari BMC

Dalil setiap pendapat

1. Dalil golongan yang mengatakan haram:

a. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Waqiah ayat 79:
لا يمسه إلا المطهرون(Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang suci)

Mereka mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu balik kepada al-Qur’an, bukannya Luh Mahfuz.
Akan tetapi mereka khilaf pula, apakah yang dimaksudkan dgn al-Mutahharun? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]

Sebahagian ulama’ berpendapat, ganti nama tersebut balik kepada Luh Mahfuz. Jadi, tak boleh berhujah dgn ayat ini. al-Mutahharun pula adalah para Malaikat yang Allah bersihkan mereka dari tabiat yang negatif dan sifat-sifat yang tercela. Ayat ini sebenarnya satu penafian dan penolakan kepada hujah golongan musyrikin yang mendakwa Syaitanlah yang telah menurunkan kitab al-Qur’an ini. Sila rujuk ayat 210-212 surah al-Syu’ara’.
Antara hujah yang menyokong pendapat ini -sebagaimana yang disebut oleh Qatadah- ialah al-Qur’an boleh dipegang di dunia ini oleh si Majusi dan si Munafiq yang dianggap najis, sedangkan al-Qur’an kata, ia tidak dipegang kecuali oleh mereka yang suci. [sila rujuk Tafsir al-Tabari 17/226]

al-Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma’ani (27/155): Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dgn mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Qur’an. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini. Akan tetapi oleh kerana ada ihtimal/kemungkinan ganti nama boleh balik kepada Qur’an dan juga kepada Luh Mahfuz, dan maksud al-Mutahharun ialah Malaikat al-Muqarrabun, kebanyakan ulama’ yang berkata haram berpindah kepada beristidlal dgn hadis.

Manakala Ibn Rusyd pula berkata (Bidayatul Mujtahid 1/42): Sebab khilaf ialah perkataan al-Mutahharun boleh membawa makna manusia dan juga malaikat, di samping ayat ini juga boleh jadi suatu perkhabaran yang bermaksud larangan dan juga boleh jadi perkhabaran semata-mata.

b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta’, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Hazmi, bahawa dalam kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada ‘Amru bin Hazmi terdapat: أن لا يمس القرآن إلا طاهر (bahawa tidak boleh memegang al-Qur’an kecuali orang yang suci) [Muwatta' 141].

Hadis ini merupakan petikan dari kitab yang ditulis oleh Nabi kepada ‘Amru bin Hazmi di Yaman. Kitab ini berada bersama kaum keluarga beliau selepas kematiannya. al-Daruqutni dan al-Hakim pula meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menghantar wakil ke Madinah untuk mencari sesuatu petunjuk sunnah Nabi dalam bab zakat dan wakilnya itu telah menjumpai kitab ini dalam simpanan keturunan ‘Amru bin Hazmi [lihat komentar Syeikh Ahmad Syakir dlm kitab al-Muhalla oleh Ibn Hazmi 1/82].

Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa beliau telah menjumpai hadis ini selengkapnya dalam Mustadrak al-Hakim (1/359, cetakan India) di mana sebahagian darinya terdapat juga di dalam sahih Ibnu Hibban, sunan al-Daruqutni dan sunan al-Nasaie.

Komentar ttg hadis ini ialah sanadnya mursal. Ibnu Abdil Barri berkata: Tiada khilaf dari Imam Malik bahawa hadis ini mursal. Walau bagaimanapun ia diriwayat secara bersanad dari jalan lain yang bagus. Ia adalah sebuah kitab yang masyhur di kalangan ahli sejarah dan terkenal di kalangan ulama’ di mana kemasyhurannya itu menyebabkan ia tidak perlu (dilihat) kepada sanadnya [kata-kata ini dinukil oleh penyunting kitab Muwatta’ ms 141].

Ibnu Kathir menyebut bahawa Abu Daud telah meriwayatkan di dalam kitab al-Marasil dari hadis al-Zuhri bahawa beliau berkata: Aku telah membaca di dalam sahifah Abu Bakar bin Amru bin Hazmi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Ibnu Kathir berkata: Ini adalah sesuatu yang bagus. Al-Zuhri dll telah membacanya, dan yang seperti ini sepatutnya diambil (dipegang) [Tafsir Ibnu Kathir 6/537].

Hadis ini diriwayatkan secara bersambung sanadnya dari empat orang sahabat, iaitu ‘Amru bin Hazmi, Hakim bin Hizam, Ibnu Umar, dan Uthman bin Abi al-‘As.

Al-Marhum Syeikh Nasiruddin al-Albani [di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (1/160-161)] telah menyebut kesemua sanad hadis ini dan kitab-kitab hadis yang mentakhrijnya, kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kesemua jalan hadis ini tidak bebas dari unsur dhaif. Akan tetapi dhaifnya itu adalah kecil kerana tiada perawi yang dituduh sebagai pendusta. ‘Illah hadis ini hanya irsal atau hafalan yang kurang baik, dan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ilmu Mustalahul hadis bahawa setiap jalan periwayatan hadis boleh menguatkan di antara satu sama lain sekiranya tiada rawi yang dituduh pendusta. Ini telah dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya dan al-Suyuti di dalam syarahnya. Diri ini menyatakan penerimaan terhadap kesahihan hadis ini, lebih-lebih lagi Imam Ahmad telah berhujah dgn hadis ini. Imam Ishaq bin Rahawaih juga telah mentashihkannya. Ishaq al-Maruzi berkata di dalam kitab Masa’il Imam Ahmad: Aku bertanya Imam Ahmad: Bolehkah seorang lelaki itu membaca Qur’an tanpa wudhu’? Imam Ahmad menjawab: Ya, boleh. Tapi dia tidak boleh membaca di mashaf selagi dia tidak berwudhu’. Ini kerana telah sabit dari Nabi s.a.w: Tidak boleh menyentuh al-Qur’an kecuali orang yang suci. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabiein.

Syeikh al-Albani juga menyebut bahawa telah sabit dan sah riwayat yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqqas telah menyuruh anaknya Mus’ab supaya berwudhu’ dahulu sebelum menyentuh al-Qur’an. Ia diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihaqi dgn sanad yang sahih.

Beliau juga berkata bahawa beliau telah membaca kitab Fawa’id Abi Syu’aib dan mendapati Imam al-Baghawi telah bertanya Imam Ahmad ttg hadis ini. Imam Ahmad berkata: Aku harap ianya sahih.

Sebenarnya kesahihan hadis ini juga telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Beliau telah berhujah dgn hadis ini di banyak tempat dalam kitabnya [lihat Majmu’ Fatawa 17/12 & 21/228]

Al-San’ani berkata: Kitab ‘Amru bin Hazmi telah sepakat diterima ramai. Ibnu Abdil Barri pula berkata: Ia seperti mutawatir kerana telah sepakat diterima ramai. Ya’qub bin Sinan juga berkata: Aku tidak tahu di sana ada sebuah kitab yang lebih sahih dari kitab ini. Sesungguhnya para sahabat dan tabiein merujuk kepadanya dan meninggalkan pendapat mereka sendiri. Al-Hakim berkata: Umar bin Abdul Aziz dan Imam zamannya, iaitu al-Zuhri telah menyaksikan bahawa kitab ini adalah sahih [lihat Subulussalam oleh al-San’ani 1/70]

2. Dalil golongan yang mengatakan boleh.

a. Ibnu Hazmi berkata: Membaca al-Qur’an, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia kekadang (yakni dalam sesetengah keadaan) terlarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]

b. Hadis dalam Sahih Bukhari: dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi yang dihantar kepadanya yang menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah Aali Imran.

Hujah mereka ialah Nabi telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh pegang, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.

Pihak yang mengatakan haram menjawab: Surat tersebut mengandungi bukan saya ayat ini tetapi ada juga perkara lain. Ia sebenarnya sama dgn kitab Fekah atau Tafsir, dan Jumhur ulama’ mengatakan boleh memegangnya walaupun tidak berwudhu’.

Tetapi Ibnu Hazmi menjawab balik dgn berkata: Sekiranya kamu kata Nabi telah hantar satu ayat saya kepada Raja Rom, Nabi sebenarnya boleh hantar lebih banyak dari itu. Kamu kan ahlul Qiyas. Kalau kamu tak boleh qiyaskan ayat yang banyak dgn satu ayat, maka kamu jgn qiyaskan ayat lain dgn ayat ini!.

Sekian.

Thursday, March 1, 2012

~Memupuk Benih Cinta ilahi~

"إنما الحبّ في القلب منتعِش ، لا بمَحض الدمع والمَدح مَغشوش"
"Sesungguhnya perasaan cinta itu mekar dan subur di hati, bukan diperdaya dan ditipu dengan air mata dan pujian semata-mata"
Fitrah penciptaan insan, sangat inginkan keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kasih sayang wujud di mana-mana dalam dunia ini. Kerana kecenderungan ke arah itulah, maka di sana terdapat satu kunci untuk membuka perpaduan ummah. Semuanya bermula dari cinta Allah. Selagi umat ini belum cinta Allah, selagi itulah kita membuang masa dan tenaga menyeru serta mengajak kepada perpaduan. Cinta Allah adalah kunci segala-galanya. Jika semua manusia cinta Allah, semua masalah akan selesai.


Begitulah kehidupan Insan dalam mengislah diri.jiwa.hati ke arah membentuk peribadi Nurani Demi mengapai redha Ilahi.Berkata seorang Sarjana Islam ;
"insan,jika dia ingin bersyukur tidak terdaya"
..Perkara ini sejajar dengan firman Allah ;
"Jika hambaKu ingin menghitung segala niqmat Ku,nescaya mereka tidak terhitung banyaknya"

Manusia derhaka dan melakukan kemungkaran...
kerana tidak cinta Allah.

Ahli maksiat mempertahankan budaya maksiatnya...
kerana tidak cinta Allah.

Pemerintah tidak adil dan menzalimi rakyatnya...
kerana tidak cinta Allah.

Para pentadbir khianat dan rasuah...
kerana tidak cinta Allah.

Akhirnya yakinlah, pejuang-pejuang agama terkandas dalam perjuangan...
kerana belum cinta Allah!


**********

Apabila semua orang sudah tidak cinta Allah, maka ruang-ruang hati diisi dengan cinta harta, kuasa, wanita dan seribu macam benda lagi. Wujudnya bermacam-macam aliran dan mazhab cinta ini menyebabkan susahnya hati-hati itu disatukan. Jika mahu bersatupadu, leburkan dulu aliran cinta yang seribu dan gantikan dengan cinta Allah yang satu. Di sinilah kunci pembuka jalan memecah kebuntuan. Sesungguhnya seawal-awal agama itu adalah cinta Allah. Hakikat dan puncak mengenal Allah adalah cinta.

Kesan cinta itu berbeza dengan kesan atas rasa hormat, takut dan harap. Sikap hormat, takut dan harap jarang membuahkan pengorbanan sebaliknya kerana cinta manusia sanggup menyerahkan apa sahaja. Kita sudah melihat kesan cinta kepada wanita, kuasa dan harta benda namun kini kita mendengar kesan dari cinta kepada Allah. Bagi orang yang bercinta, yang dicintai itulah segala-galanya dalam hidup. Kesan dan tindakan orang yang sedang mabuk cinta kadang kala seperti tidak dapat diterima oleh akal.

Cinta Allah itulah merupakan suis yang mesti dipetik untuk memulakan sesuatu perubahan. Perubahan dan pengorbanan hanya mampu dilakukan oleh mereka yang sudah cinta Allah. Cinta Allah ini perlu diisi memenuhi hati-hati manusia supaya kembali kepada Penciptanya. Rasul telah memenuhi hatinya dengan cinta Allah. Melimpah ruah pula cinta Allah itu memenuhi dada makhluk-makhluk lain. Siapa yang mencontohi segala gerak geri dan semua perbuatan baginda pasti mendapat sentuhan cinta Allah. Cinta Rasul kepada Allah telah menembusi kepada umat-umatnya, itulah kesan cinta Allah.

Inilah rahsia mengapa baginda dapat menyatukan hati-hati manusia sejagat.



Manusia ini, dapat kita bahagi kepada dua golongan sahaja iaitu golongan yang cinta Allah dan satu golongan lagi yang cinta selain Allah.

Golongan yang cinta Allah ini sudah tentu akan berbuat apa saja demi apa yang dicintainya mengikut bidang dan kemampuan masing-masing. Oleh itu gunakanlah semua kelebihan dan kemudahan yang ada untuk menyeru dan mengajak manusia supaya cinta Allah. Mulakan dengan diri kita, keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. Jika ada yang menentang, tanyalah mereka apakah mereka tidak mahu cinta Allah? Jika mereka mencari helah mengatakan cinta itu ada di hati, maka katakanlah kepada mereka, cinta itu memang di hati, tetapi cinta itu pasti ada tanda dan buktinya.

Apakah bukti kamu cinta Allah? Selagi hati-hati manusia tidak diisi dengan cinta Allah, selagi itulah perjalanan di dunia ini akan menjadi payah. Semoga curahan ini sampai ke dalam hati kita, dan marilah kita penuhi hati kita dengan limpahan cinta Allah. Moga-moga limpahan cinta Allah dari hati kita ini dapat pula mengalir ke dalam hati dan mengisi hati makhluk-makhluk langit dan bumi.

**********

Perhatikanlah ayat al-Quran seterusnya hadith di bawah ini :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): 'Jika benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.'”

“Barang siapa yang terdapat padanya tiga perkara, dia akan merasa kemanisan iman: iaitu cintainya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada orang lain, cintanya kepada seseorang manusia kerana Allah semata-mata dan membenci untuk kembali kepada maksiat seperti bencinya seseorang terhadap api neraka. Sesungguhnya cinta kepada dunia adalah punca segala dosa dan kejahatan.”

Untuk mengikat dua golongan yang cinta Allah dan cinta dunia ini bukanlah suatu perkara yang mudah, umpama mustahilnya untuk melihat siang bercantum dengan malam. Bila menyeru kepada cinta Allah, dalam masa yang sama kita menghalau cinta dunia dari hati-hati kita. Selagi cinta dunia bertapak kukuh di dalam hati kita, selagi itulah cinta Allah sukar menembusi hati. Mengajak manusia kepada cinta Allah bererti mengajak mereka kepada Iman, Islam dan Ihsan. Panggilan kepada Iman, Islam dan Ihsan itu akan menjadi tawar dan hambar selagi hati kita dan hati insan yang diseru penuh dengan cinta dunia.

Bagi insan yang cinta dunia, iman itu sesuatu yang abstrak. Bagi pencinta dunia amalan dalam Islam sangat membebankan. Bagi pencinta dunia, sifat Ihsan itu umpama mitos dan khayalan. Mereka yang yang sudah kenal Allah dan Rasul pada akal fikiran belum tentu baik dan sempurna keImanan, keIslaman dan Ihsan mereka. Semua itu selagi cinta dunia menguasai hati. Tetapi bagi insan yang telah ada walau secebis cinta Allah di hatinya, ia akan mampu mengorbankan segala-galanya untuk Iman, Islam dan Ihsan. Kerana itulah kita katakan, "Cinta Allah itu merupakan titik awal dalam membuat sesuatu perubahan."

**********

Lihatlah bagaimana kesan cinta ini.

Pencinta material berkorban masa, usia dan tenaga memburu harta yang menjadi idaman hingga sanggup menggadai nyawa.

Pencinta jenayah tetap dengan jenayahnya walau telah diancam dengan berbagai hukuman.

Penagih dadah, ganja dan seumpamanya akan tetap memenuhi hati mereka dengan keinginan tersebut walaupun benda-benda tersebut merosakkan kesihatan dan membawa kepada kebinasaan.

Manusia sudah menjadi hamba suruhan dunia! Cinta dunia telah menutupi dan menghijab segala-galanya. Seruan kepada kebenaran tentulah agak sulit kerana hati manusia belum betul-betul merdeka dari jajahan cinta dunia. Sesungguhnya tiada suatu pun yang dapat menembusi hati kecuali cinta Allah. Kerana itulah ditegaskan sekali lagi, hanya cinta Allah punca berlakunya perubahan kepada manusia sejagat.

**********

Cinta kerana ada kepentingan sesuatu adalah perkara biasa. Ahli maksiat cinta kepada maksiat kerana mendapat keseronokan lahiriah yang bersifat sementara. Suami isteri saling menyintai kerana saling menerima dan memberi. Anak-anak menyintai ibu bapa kerana terhutang budi. Cinta seperti ini adalah lumrah dan dianggap biasa.

Sebaliknya cinta yang tiada apa-apa kepentingan inilah yang sangat dikagumi. Cinta kepada orang yang memusuhi merupakan cinta murni yang bersumber dari cinta Ilahi. Cinta kepada perkara yang merugikan dan mengorbankan diri ini cinta yang luar biasa.

Rasul mampu menghadapi ragam manusia...
justeru hatinya penuh dengan cinta Allah.

Hartawan hanya mampu mengorbankan harta...
jika hatinya sudah dipenuhi cinta Allah.

Pemimpin akan berlaku adil...
seandainya hatinya telah ada cinta Allah.

Ulama' dan mujahid akan berjuang habis-habisan...
kerana hati mereka hanya ada cinta Allah.

Fakir miskin redha dan sabar atas apa yang menimpa...
berkat cinta Allah.

Penderhaka-penderhaka akan boleh taat...
jika hati mereka diasak dengan cinta Allah.

Bila manusia berebut-rebut dan berlumba-lumba memburu cinta Allah maka wujudlah kedamaian, keamanan dan kasih sayang sejagat. Bila hati sudah dipenuhi cinta Allah, manusia akan berfikir, berusaha dan berkorban dengan kemampuan dan kelebihan yang ada untuk membahagiakan orang lain.

Inilah kesan dan hebatnya cinta Allah. Apabila cinta Allah terus disubur dan dijaga, segala rintangan dalam perjalanan menuju Allah akan terasa ringan dan mudah. Kerana Allah itu sumber tenaga, harapan, cita-cita dan segala-galanya.

**********

Ada yang bertanya bagaimana mahu mewujudkan cinta Allah di hati?

Ketahuilah bahawa cinta itu tidak akan wujud secara tiba-tiba atau boleh dipaksa-paksa. Cinta Allah merupakan pohon yang tumbuh secara beransur-ansur di dalam hati insan yang menyemainya. Ia perlu dibaja dan dibela. Tanah untuk menanam benih cinta itulah hati. Ia akan menghasilkan pohon yang rendang dan menghasilkan buah-buah lazat yang dapat dinikmati oleh makhluk yang sudi singgah kepadanya. Ia akan terus rendang, dan tidak pernah pupus kerana benih cinta Allah akan terus wujud hingga bila-bila masa.

Sumber dan benih cinta Allah itu ada dalam al-Quran. Jika mampu galilah. Benih itu berasal dari Rasulullah SAW. Ia harus dipetik untuk mendapatkan benihnya. Pohon cinta Rasul SAW itu tidak akan pernah mati malah ia akan terus mengeluarkan buahnya setiap detik dan musim melalui suri teladan dalam dirinya serta Sunnah yang ditinggalkannya. Semakin banyak Sunnahnya yang diteladani, semakin subur rimbunlah cinta Allah dalam jiwa. Akhlak yang dilahirkan berkat dari Sunnah Nabi melahirkan akhlak yang sangat cantik dan sempurna.

Benih cinta Allah yang disemai dalam hati itu juga akan dipenuhi lalang-lalang mazmumah. Ia perlu dibersihkan dengan bersungguh-sungguh, penuh istiqamah dan mujahadah. Zikrullah merupakan antibiotik terbaik untuk membunuh semak samun mazmumah yang bersarang di hati. Selawat itulah baja yang menpercepat tumbuh suburnya pohon cinta Allah. Oleh kerana mazmumah ini ada bermacam-macam jenis, maka perbanyakkanlah zikir supaya tidak mudah bosan.

Cintailah Allah dan ajaklah sesiapapun mencintai-Nya. Semoga kita dipertemukan dengan pembimbing diri yang sebenarnya, sang Mursyid yang sejati. Insya Allah.



Sang Faqir kpd Allah,
Zulfadhli Othman.

Sudan,
1/3/12,Khamis.

~Memahami Method Quran~


In The Name Of Allah, Most Gracious Most Merciful..

Setiap muslim pasti bercita-cita untuk mendapatkan cinta Allah. Sebab bila kita sudah menjadi kekasih-Nya, seluruh kebaikan duniawi dan ukhrawi bisa kita gapai dengan mudah. Persoalannya, bagaimana agar cita-cita tersebut menjadi kenyataan? Sesungguhnya banyak cara yang bisa kita lakukan untuk menggapai cinta-Nya, namun karena keterbatasan lahan, saya akan membahas yang pokoknya saja.



Pertama, membaca, memahami, dan mengamalkan Al Qur’an. Cara ini akan melahirkan cinta dan kerinduan kepada-Nya, syukur dan sabar, tawadhu (rendah hati) dan khusyu, serta seluruh sifat yang bisa mengantarkan pada cinta dan ridha-Nya
. (Ibnu Rajab, Ikhtiyaar Al-Uula, hal 114)

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami (Allah) turunkan kepadamu, yang didalamnya penuh berkah, supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapatkan pelajaran orang-orang yang mau menggunakan akalnya”.
(Q.S. Shaad 38:29).

Al Qur’an adalah kitab suci yang harus difahami, bukan sekedar dibaca. Fakta menunjukkan, banyak yang rajin membaca Al Qur’an tapi tidak faham isinya, sehingga tidak bersemangat untuk mengamalkannya. Untuk itu, biasakan juga membaca terjemahannya untuk membantu pemahaman.

Pengalaman menunjukkan, awalnya memang agak susah mencerna maksud terjemahan Qur’an, namun kalau kita sering membacanya, lama kelamaan akan mudah memahaminya. Sebenarnya ini berlaku untuk semua ilmu, kalau kita tidak pernah membaca buku-buku psikologi misalnya, akan susah mencerna isinya, tapi kalau sudah sering, insya Allah kesulitan ini bisa diatasi. Saat membaca Al Qur’an, para sahabat mengutamakan pemahaman dan implemantasi/pengamalan. Ibnu Abbas r.a. berkata,
“Kebiasaan kami, jika mempelajari sepuluh ayat Al Qur’an, kami tidak akan melampauinya sebelum kami memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya”
. (HR. Athabari dalam tafsirnya dengan sanad yang shahih).

Sementara kita, lebih mengutamakan khatam (tamat) ketimbang faham. Alangkah indahnya kalau kita sering khatam dan faham serta implementatif. Setelah faham, langsung diaplikasikan dalam kehidupan.

Anas r.a. mengatakan, “Abu Thalhah r.a. --seorang shahabat dari kaum Anshar di Madinah-- adalah orang yang banyak hartanya, di antara harta yang paling disenanginya adalah kebun kurma yang menghadap ke mesjid, bahkan Rasulullah saw. pun pernah singgah di kebun itu. Ketika turun firman Allah yang berbunyi:
“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan sebelum kamu menafkahkan sebagian dari harta yang kamu cintai”
(QS. Ali Imran 3:92),

Abu Thalhah bergegas menemui Rasulullah saw seraya berkata,
“Ya Rasulullah, sungguh aku telah faham ayat itu, maka harta yang paling aku cintai adalah kebun kurma yang menghadap ke mesjid. Untuk itu saksikanlah, demi Allah aku sedekahkan kebun itu untuk mendapatkan pahala di sisi-Nya. Maka silakan Ya Rasulullah bagikan sebagaimana Allah telah mengajarkannya kepadamu.”
(H.R. Bukhari-Muslim)