Renungkanlah

Abdullah bin Mubarak berkata:-Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.

Kulliyah Ust Zahazan

Tafsir at-tahrim siri 1
http://www.mediafire.com/?izdxjjwynml
Tafsir at-tahrim siri 2
http://www.mediafire.com/?td0zmminyzj
Tafsir at-tahrim siri 3
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 4
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 5
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 6
http://www.mediafire.com/?q11jztzfnjm
Tafsir at-tahrim siri 7
http://www.mediafire.com/?j44hy0m2twd
Tafsir at-tahrim siri 8
http://www.mediafire.com/?t0mzklyuygy
Tafsir at-tahrim siri 9
http://www.mediafire.com/?nfe5nzlzmdd
Tafsir at-tahrim siri 10
http://www.mediafire.com/?dcwmmoyzaly
Tafsir at-tahrim siri 11
http://www.mediafire.com/?domxbnznzdn
Tafsir at-tahrim siri 12
http://www.mediafire.com/?gzqjyjkmayd
Tafsir at-tahrim siri 13
http://www.mediafire.com/?xj2myjmjgzd
Tafsir at-tahrim siri 14
http://www.mediafire.com/?zmjhm1itmgx
Tafsir at-tahrim siri 15
http://www.mediafire.com/?mldybyn1nzi

Tafsir at-tahrim siri 17
http://www.mediafire.com/?xnoyujzmtj4

Tafsir at-tahrim siri 19
http://www.mediafire.com/?qqzm4kmnh3l

Tafsir at-tahrim siri 21
http://www.mediafire.com/?yubuwmilymm
Tafsir at-tahrim siri 22
http://www.mediafire.com/?ryywdmjtzxm
Tafsir at-tahrim siri 23
vhttp://www.mediafire.com/?kombyggfjxn
Tafsir at-tahrim siri 25
http://www.mediafire.com/?mdz4rhwzj5j
Tafsir at-tahrim siri 26
http://www.mediafire.com/?fmmitvylzxy
Tafsir at-tahrim siri 27
http://www.mediafire.com/?h0kzwnmnght
Tafsir at-tahrim siri 28
http://www.mediafire.com/?dbwjd54wbtz
Tafsir at-tahrim siri 29
http://www.mediafire.com/?dndzylt4cnd
Tafsir at-tahrim siri 30
http://www.mediafire.com/?wzyeyjkkw2z
Tafsir at-tahrim siri 31
http://www.mediafire.com/?mjqxmzkehgo
Tafsir at-tahrim siri 32
http://www.mediafire.com/?jwtbqyyzvuy

Tuesday, November 2, 2010

perkara Yang Nak diBawa Ke Mahkamah Allah

Dunia Kini Nampaknya kemaksitan dan kemungkaran adalah perkara biasa, bencana jugak makin hari makin banyak, kemalangan sana sini, dah nak kiamat ke dunia ni...MasyaAllah

Kiamat tu pasti datang, tapi adakah kita bersiap sedia dengan itu...Banyak benda jugak berlaku dalam tempoh beberapa minggu, hingga tiada tempat untuk mengadu masalah selain Allah.

Ni antara satunya, apabila hiburan tu menjadi sesuatu yang sangat diraikan dan dinanti-nantikan tapi bila suruh pergi program agama..hampeh..banyak la alasan tu alasan ni...benda ni yg kita nak bawa ke akhirat

Istiqamah dan Pilihlah Jalanmu

Sesungguhnya hidayah tu milik Allah, bukan layak seseorang naqib dan naqibah untuk menentukan siapa yang akan bersamanya, cuma si naqib dan naqibah ni antara orang yang bertuah kerana dicampak hidayah tu dan bila-bila masa saje Allah boleh tariknya. Maka berbekalkan hidayah tu, para naqib naqibah ni pun mahu menarik adik-adiknya bersama-samanya, bersama-sama rasa hebatnya ISLAM, indahnya ISLAM, mabruknya BERJEMAAH, rahmatnya UKHWAH, manisnya MEMPERJUANGKAN ISLAM...

Tapi jika ada adik usarah yang mahu menjauhkan diri dan lari, apalah daya, ditarik pun masih cuba melepaskan diri, maka hidayah milik Allah...pilihalah jalanmu...tapi apa yang nak dibawa ke akhirat kelak...adakah amalan kita sehebat sufi, segah wali dan para ulama'..jika demikian pilihlah jalanmu

Tapi jika kita berasa kita tidak mamapu, maka ambillah alternatif yang Allah berikan kat kita...syahid dengan memperjuangkan agama-Nya...istiqamahlah

Naqib Naqibah Refleksi Diri


Kenapa adik usrah lari? Kenapa adik usrah ni susah sangat nak ikut usrah dan program-program lain usrah? Yang palin penting puncanya adalah dari naqib naqibah sendiri, kalau usrah pun payah nak buat, jumpe pun kadang-kadang macamana adik-adik nak ikut kata kita, tapi bila kita dah CUBA untuk buat semua tu tapi masih tak berjaya...berserah saja pada Allah...hidayah milik Allah

Kalau boleh kita nak bawak semua umat Islam untuk sama-sama bangkit memperjuangkan Islam, namun apa daya kita, Nabi Nuh berdakwah seama beratus tahun namun masih tak dapat bawa semua umatnya bersama-samanya, begitu juga Rasulullah, bukan semua mahu bersama-sama baginda. Oleh, itu jangan bersedih, kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!

Semoga amalan-amalan kita buat ni menjadi benda YANG BAIK untuk dibawa ke akhirat kelak...InsyaAllah

Wallahualam.

Teringat pesan ayahanda..

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...



Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua inisering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang
Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah
kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu
menuntut ilmu.Makrifat,Syariat,Hakikat,Tariqat, dan . Feqah+Tasawwuf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan Mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin
solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++,... * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum
Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Siapa kita....????


ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang
lain.

Perginya seorang sahabatku Disisi TuhanNYA

Sahabatku telah pergi menemui tuhan nya buat selama2nya....selamat tinggal shbtku,Aku Doakan moga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....Memori dan semangat nya dalam berjuang agama akan ku pahatkan dalam hati dan akan ku jadikan motivasi untuk terus berjuang... Al fatihah kepada nya fatimah az zahrah binti jaafar yang telah kembali ke rahmatullah pada 24.9.2010..

Monday, November 1, 2010

Meniti Suatu Perjalanan...

selang beberapa hari yg lpas,saya pernah ditanya oleh seorang mad`u yg dipimpin oleh saya sendiri..
soalan2 yg dikemukakan amat menguji kefahaman dlm ilmu pengetahuan,oleh krn saya mengambil jurusan "Comparism Religion+Usuluddin dan ilmu wahyu"(syariah).shbt2 yg saya pimpin ini selalu musykil dlm bab2 agama bahkn bertubi2 soaln yg dkemukakn...pernah jga bbrp org ust di hostel menyanyakn soalanya..bg saya,ini smua merupkan perkara yg biasa dan bkn saya shja yg bleh memahami ilmu dunia+akhrt dgn mndlm bahkn b`juta manusia yg lbh b`kualiti fahamnnya dri saya tp wlau ap pn sya cbe m`bntu ats dasar keperihatinan saya terhadap umat nabi SAW..
Antara soalan2 yg dkemukakn spt:-

SOALAN:

Kenapa percakapan ahli Salaf lebih bermakna daripada percakapan kita?

JAWAPAN

Ini kerana mereka bercakap dengan penuh keikhlasan dan mempunyai nawaitu untuk mengembangkan agama Allah atau berdakwah.

Hamadun al-Qusar menjawab: kerana mereka bercakap untuk ketinggian Islam, menyelamatkan jiwa dan mendapatkan keredhaan Allah. Sementara kita bercakap untuk ketinggian diri, mencari keduniaan dan mendapatkan pemberian makhluk.

SOALAN:

Bagaimanakah kedudukan ilmu rasaan?

JAWAPAN

Ahli tasawwuf berpendapat bahawa ilmu-ilmu rasaan rohani yang terbuka hakikat kepada mereka mulanya tidak jelas maknanya secara terperinci, tetapi apabila mereka memberikan perhatian dan akal mereka bekerja kerananya dengan detail dan mendalam maka, jelas kepada mereka hakikatnya dan ternyata ia bertepatan dengan syariah, maka ilmu-ilmu seperti ini apabila hendak dijelaskan melalui ungkapan biasa amatlah sukar kerana disamping susahnya ilmu-ilmu itu ia juga berlaku tanpa kehendak ahlinya dan amat sukar untuk dikenali dengan tepat.

Inilah yang membuatkan mereka menggunakan bahasa isyarat yang amat sukar difahami. Hakikat ini dijelaskan oleh al- Qusyairi dengan katanya: Ahli hakikat itu apabila menerima sesuatu yang diberikan pada mulanya mereka tidak mengetahuinya dengan detail selepas itu barulah dibuka kepada mereka hakikatnya. Pada ketika itu mungkin keluar daripada lidah mereka sesuatu yang mereka tidak memahaminya tetapi apabila selesai daripada apa yang mereka katakan terdapat di hati mereka dalil dan kebenaran apa yang mereka katakan itu daripada syariah.

SOALAN:

Apakah hubungan antara ma’rifah dan syariah?

JAWAPAN

Ma’rifah ialah pengetahuan atau mengetahui yang hampir sama dengan maksud ilmu. Sebahagian ulama’ membezakan antara kalimah ma’rifah dengan ilmu, tetapi makna kedua-dua hampir sama. Dengan sebab itu Sahal bin Abdullah berkata: Awal maqam pada ma’rifah bahawa dikurniakan kepada hamba keyakinan pada sirnya yang menjadi tenang segala anggota dan tawakal kepada tubuh badan yang menyelamatkan dengannya daripada dunia dan kehidpan pada hatinya yang menang dengannya pada kesudahan.

Zul al-Nun juga menghubungkan ma’rifah dengan syariah. Katanya: alamat orang Arif ada tiga:

1. Cahaya ma’rifatnya tidak memadamkan cahaya waraknya.
2. Dia tidak beriktikad ilmu batin boleh menafikan hukum-hukum zanir.
1. Nikmat Allah yang banyak kepadanya tidak boleh merobohkan batas-batas larangan Allah.

Ma’rifat menurut beliau, mempunyai matlamat akhlak iaitu, manusia mencontohi akhlak Allah mengikut kadar kemampuan manusia. Katanya: Pergaulan seorang arif ialah menerusi akhlak dan sifat-sifat Allah s.w.t.

Seorang arif apabila bertambah ma’rifahnya kepada Allah maka bertambah khusyu’nya katanya: Seorang arif setiap hari bertambah khusyu’ kerana setiap masa dia bertambah hampir kepada Allah. Keseluruhan dirinya mengadap kepada Allah dan katanya lagi bahawa seorang arif tidak tetap pada satu-satu keadaan , tetapi dia harus bersama Tuhannya dalam semua keadaan.

Pentingnya Zul al-Nun dalam tasawwuf disebabkan beliaulah orang pertama daripada ahli tasawwuf bercakap tentang ma’rifah secara mendalam. Darinya buat pertama lahir ciri ma’rifat dalam tasawwuf.

Beliau berpendapat ma’rifat adalah kemurahan daripada Allah yang dilimpahkan kepada seorang arif. Dengan itu beliau menjadikan ma’rifat ahli sufi berlainan daripada ma’rifat ahli kalam dan ahli falsafah yang memperolehi menerusi usaha dan akal.

Zu al-Nun menerangkan apabila beliau ditanya: Dengan apa engkau mengetahui Tuhanmu? Beliau menjawab: Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Dan dalam risalahnya yang bertajuk: “Bicara Tentang Basmalah ( Bismillah)”, kita dapati beliau membahagikan ma’rifat kepada tiga bahagian. Katanya: Mengenal Allah ada tiga tahap:

1. Ma’rifat tauhid iaitu bagi semua orang awam Mukmin.
2. Ma’rifat hujjah dan dalil, iaitu bagi ulama dan hukama
3. Ma’rifat sifat-sifat keesaan dan keunggulan Allah. Ini khusus bagi para wali Allah dan hamba pilihan-Nya.

SOALAN:

Apakah perlu membersihkan zahir?

JAWAPAN

Ya, dengan sebab itu mukaddimah kepada feqh khususnya solat ialah taharah, di mana taharah mempunyai hikmah yang banyak sehingga ditekankan dalam ibadat.

Kebersihan jiwa seseorang dapat dicerminkan dari kebersihan diri dan penampilannya, sehingga sebahagian ahli hikmah berkata: “Orang yang kotor bajunya bererti kotor juga jiwanya.”

Ramai orang yang menderita tekanan perasaan di dunia ini adalah disebabkan oleh tidak adanya kebersihan, perapian dan peraturan. Keadaan rumahnya yang tidak teratur, baju yang kotor lagi lusuh, ruang pejabat yang tidak tersusun. Perancangan jadual yang tidak teratur dengan yang lainnya merupakan salah satu punca asas yang membuat orang menjadi tertekan.

Bagi sesiapa yang mahu mendalami ajaran-ajaran Islam, maka ia akan menyedari sepenuhnya bahawa Islam datang kepada manusia adalah untuk menatang kehidupan mereka bermula dari sekecil-kecil perkara sampai kepada hal-hal yang penting.

Segala urusan di dunia ini ada perhitungannya yang menjadikan ia matang. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am,ayat 38, yang bermaksud:

“Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab”


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu bersih dan sangat menyukai kebersihan.”


Dalam hadith lain Beliau bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah dan sangat menyukai keindahan.”


sbnrnye,byk p`kara yg dpersoalkn tp bg sya ckplah skdar ini shja sbgai penerang buah ilmu pengetahuan dan saya b`syukur walaupn msih lg dlm lgkgn remaja bahkan ramai yg memberi sokongan yg hebat t`hdp usha dkwah saya jga turut m`beri semangat dalam memajukn komuniti pembangunan modal insan..mudah2an kita sama2 memperolehi fahaman yg lbh ji`tu dlm urusn Agama Allah.

Tasawwuf+Ummah

Tasawwuf?ap itu tasawwuf?bile dibicarakn tntang perkataan tasawwuf sebenarnya muncul seiringan kemunculan islam. Kesahihan ini terbukti apabila munculnya para tokoh ahli tasawwuf yang terkenal sehingga dewasa kini, antaranya ialah Hasan al-Basri, Hatim al asamm, Abdul al-Wahid Zayd dan ramai lagi. Ilmu Tasawwuf memberi keberkesanan kepada Tazkiyah al-Nafs. Namun ada juga golongan yang mengatakan Tasawwuf adalah satu amalan yang Bid’ah. Hujah golongan yang menentang Tasawwuf mengatakan bahawa amalan ini merupakan amalan yang baru dan tidak pernah wujud di zaman Rasulullah.


Hujah mereka dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam kitab amal al- qulub bayna al-sufiyyah wa ulama ahl-sunnah yang mengkritik bahawa nama Tasawwuf tidak pernah wujud di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Namun kenyataan ini dibidas kembali oleh kitab al-Tasawwuf al-shar’i allahdi yajhaluhu kathir min Mudda’ihi’ wa Munqidih menyatakan bahawa selepas kewafatan Rasulullah penjanaan iman mulai merosot sehinggakan ada diantaranya yang murtad. Kemudian, golongan umat Islam yang berbaki pada waktu itu berasa gusar akan keadaan yang berlaku sehingga akhinya wujudlah sekumpulan ahli-ahli tasawwuf cuba untuk merangka metod yang sesuai digunakan bagi menyalakan semula keimanan ( makanan rohani ). Metod ilmu + amal = ihsan menjadi formula yang tepat untuk menjana iman secara efektif. Salah sebuah kitab yang mana turut mempertikaikan penambahan yang dilakukan oleh ahli-ahli sufi yang mana kebanyakannya adalah bercampur aduk antara Islam dan unsur-unsur luar.


Tetapi menurut penulis, ianya tidak menjadi masalah selagi ia masih berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Situasi ini bukan hanya diutarakan di negara-negara timur tengah tetapi ianya juga berlaku di Malaysia, seperti contoh Dr. Fatah Haron, mengecam golongan ahli sufi yang dikatakan mencampur adukkan Tasawwuf dengan kebatinan. Jika melihat jalan tengah, golongan pengkritik haruslah membezakan antara golongan ahli sufi dengan mereka yang sekadar mendakwa diri sebagai ahli sufi tetapi sebenarnya hanya membawa bid’ah. Kita dapat melihat sendiri sebenarnya isu yang paling diperdebatkan dalam Tasawwuf ialah Tasawwuf Falsafi bukanlah dari sudut Tasawwuf Akhlaki. Kerana, jika di lihat di dalam al-Quran terkandung begitu banyak perkara yang membincangkan tentang sikap zuhud, wara’ dan banyak lagi yang mana kesemua ini ada dalam Tasawwuf Akhlaqi