Renungkanlah

Abdullah bin Mubarak berkata:-Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.

Kulliyah Ust Zahazan

Tafsir at-tahrim siri 1
http://www.mediafire.com/?izdxjjwynml
Tafsir at-tahrim siri 2
http://www.mediafire.com/?td0zmminyzj
Tafsir at-tahrim siri 3
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 4
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 5
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 6
http://www.mediafire.com/?q11jztzfnjm
Tafsir at-tahrim siri 7
http://www.mediafire.com/?j44hy0m2twd
Tafsir at-tahrim siri 8
http://www.mediafire.com/?t0mzklyuygy
Tafsir at-tahrim siri 9
http://www.mediafire.com/?nfe5nzlzmdd
Tafsir at-tahrim siri 10
http://www.mediafire.com/?dcwmmoyzaly
Tafsir at-tahrim siri 11
http://www.mediafire.com/?domxbnznzdn
Tafsir at-tahrim siri 12
http://www.mediafire.com/?gzqjyjkmayd
Tafsir at-tahrim siri 13
http://www.mediafire.com/?xj2myjmjgzd
Tafsir at-tahrim siri 14
http://www.mediafire.com/?zmjhm1itmgx
Tafsir at-tahrim siri 15
http://www.mediafire.com/?mldybyn1nzi

Tafsir at-tahrim siri 17
http://www.mediafire.com/?xnoyujzmtj4

Tafsir at-tahrim siri 19
http://www.mediafire.com/?qqzm4kmnh3l

Tafsir at-tahrim siri 21
http://www.mediafire.com/?yubuwmilymm
Tafsir at-tahrim siri 22
http://www.mediafire.com/?ryywdmjtzxm
Tafsir at-tahrim siri 23
vhttp://www.mediafire.com/?kombyggfjxn
Tafsir at-tahrim siri 25
http://www.mediafire.com/?mdz4rhwzj5j
Tafsir at-tahrim siri 26
http://www.mediafire.com/?fmmitvylzxy
Tafsir at-tahrim siri 27
http://www.mediafire.com/?h0kzwnmnght
Tafsir at-tahrim siri 28
http://www.mediafire.com/?dbwjd54wbtz
Tafsir at-tahrim siri 29
http://www.mediafire.com/?dndzylt4cnd
Tafsir at-tahrim siri 30
http://www.mediafire.com/?wzyeyjkkw2z
Tafsir at-tahrim siri 31
http://www.mediafire.com/?mjqxmzkehgo
Tafsir at-tahrim siri 32
http://www.mediafire.com/?jwtbqyyzvuy

Monday, November 1, 2010

Meniti Suatu Perjalanan...

selang beberapa hari yg lpas,saya pernah ditanya oleh seorang mad`u yg dipimpin oleh saya sendiri..
soalan2 yg dikemukakan amat menguji kefahaman dlm ilmu pengetahuan,oleh krn saya mengambil jurusan "Comparism Religion+Usuluddin dan ilmu wahyu"(syariah).shbt2 yg saya pimpin ini selalu musykil dlm bab2 agama bahkn bertubi2 soaln yg dkemukakn...pernah jga bbrp org ust di hostel menyanyakn soalanya..bg saya,ini smua merupkan perkara yg biasa dan bkn saya shja yg bleh memahami ilmu dunia+akhrt dgn mndlm bahkn b`juta manusia yg lbh b`kualiti fahamnnya dri saya tp wlau ap pn sya cbe m`bntu ats dasar keperihatinan saya terhadap umat nabi SAW..
Antara soalan2 yg dkemukakn spt:-

SOALAN:

Kenapa percakapan ahli Salaf lebih bermakna daripada percakapan kita?

JAWAPAN

Ini kerana mereka bercakap dengan penuh keikhlasan dan mempunyai nawaitu untuk mengembangkan agama Allah atau berdakwah.

Hamadun al-Qusar menjawab: kerana mereka bercakap untuk ketinggian Islam, menyelamatkan jiwa dan mendapatkan keredhaan Allah. Sementara kita bercakap untuk ketinggian diri, mencari keduniaan dan mendapatkan pemberian makhluk.

SOALAN:

Bagaimanakah kedudukan ilmu rasaan?

JAWAPAN

Ahli tasawwuf berpendapat bahawa ilmu-ilmu rasaan rohani yang terbuka hakikat kepada mereka mulanya tidak jelas maknanya secara terperinci, tetapi apabila mereka memberikan perhatian dan akal mereka bekerja kerananya dengan detail dan mendalam maka, jelas kepada mereka hakikatnya dan ternyata ia bertepatan dengan syariah, maka ilmu-ilmu seperti ini apabila hendak dijelaskan melalui ungkapan biasa amatlah sukar kerana disamping susahnya ilmu-ilmu itu ia juga berlaku tanpa kehendak ahlinya dan amat sukar untuk dikenali dengan tepat.

Inilah yang membuatkan mereka menggunakan bahasa isyarat yang amat sukar difahami. Hakikat ini dijelaskan oleh al- Qusyairi dengan katanya: Ahli hakikat itu apabila menerima sesuatu yang diberikan pada mulanya mereka tidak mengetahuinya dengan detail selepas itu barulah dibuka kepada mereka hakikatnya. Pada ketika itu mungkin keluar daripada lidah mereka sesuatu yang mereka tidak memahaminya tetapi apabila selesai daripada apa yang mereka katakan terdapat di hati mereka dalil dan kebenaran apa yang mereka katakan itu daripada syariah.

SOALAN:

Apakah hubungan antara ma’rifah dan syariah?

JAWAPAN

Ma’rifah ialah pengetahuan atau mengetahui yang hampir sama dengan maksud ilmu. Sebahagian ulama’ membezakan antara kalimah ma’rifah dengan ilmu, tetapi makna kedua-dua hampir sama. Dengan sebab itu Sahal bin Abdullah berkata: Awal maqam pada ma’rifah bahawa dikurniakan kepada hamba keyakinan pada sirnya yang menjadi tenang segala anggota dan tawakal kepada tubuh badan yang menyelamatkan dengannya daripada dunia dan kehidpan pada hatinya yang menang dengannya pada kesudahan.

Zul al-Nun juga menghubungkan ma’rifah dengan syariah. Katanya: alamat orang Arif ada tiga:

1. Cahaya ma’rifatnya tidak memadamkan cahaya waraknya.
2. Dia tidak beriktikad ilmu batin boleh menafikan hukum-hukum zanir.
1. Nikmat Allah yang banyak kepadanya tidak boleh merobohkan batas-batas larangan Allah.

Ma’rifat menurut beliau, mempunyai matlamat akhlak iaitu, manusia mencontohi akhlak Allah mengikut kadar kemampuan manusia. Katanya: Pergaulan seorang arif ialah menerusi akhlak dan sifat-sifat Allah s.w.t.

Seorang arif apabila bertambah ma’rifahnya kepada Allah maka bertambah khusyu’nya katanya: Seorang arif setiap hari bertambah khusyu’ kerana setiap masa dia bertambah hampir kepada Allah. Keseluruhan dirinya mengadap kepada Allah dan katanya lagi bahawa seorang arif tidak tetap pada satu-satu keadaan , tetapi dia harus bersama Tuhannya dalam semua keadaan.

Pentingnya Zul al-Nun dalam tasawwuf disebabkan beliaulah orang pertama daripada ahli tasawwuf bercakap tentang ma’rifah secara mendalam. Darinya buat pertama lahir ciri ma’rifat dalam tasawwuf.

Beliau berpendapat ma’rifat adalah kemurahan daripada Allah yang dilimpahkan kepada seorang arif. Dengan itu beliau menjadikan ma’rifat ahli sufi berlainan daripada ma’rifat ahli kalam dan ahli falsafah yang memperolehi menerusi usaha dan akal.

Zu al-Nun menerangkan apabila beliau ditanya: Dengan apa engkau mengetahui Tuhanmu? Beliau menjawab: Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Dan dalam risalahnya yang bertajuk: “Bicara Tentang Basmalah ( Bismillah)”, kita dapati beliau membahagikan ma’rifat kepada tiga bahagian. Katanya: Mengenal Allah ada tiga tahap:

1. Ma’rifat tauhid iaitu bagi semua orang awam Mukmin.
2. Ma’rifat hujjah dan dalil, iaitu bagi ulama dan hukama
3. Ma’rifat sifat-sifat keesaan dan keunggulan Allah. Ini khusus bagi para wali Allah dan hamba pilihan-Nya.

SOALAN:

Apakah perlu membersihkan zahir?

JAWAPAN

Ya, dengan sebab itu mukaddimah kepada feqh khususnya solat ialah taharah, di mana taharah mempunyai hikmah yang banyak sehingga ditekankan dalam ibadat.

Kebersihan jiwa seseorang dapat dicerminkan dari kebersihan diri dan penampilannya, sehingga sebahagian ahli hikmah berkata: “Orang yang kotor bajunya bererti kotor juga jiwanya.”

Ramai orang yang menderita tekanan perasaan di dunia ini adalah disebabkan oleh tidak adanya kebersihan, perapian dan peraturan. Keadaan rumahnya yang tidak teratur, baju yang kotor lagi lusuh, ruang pejabat yang tidak tersusun. Perancangan jadual yang tidak teratur dengan yang lainnya merupakan salah satu punca asas yang membuat orang menjadi tertekan.

Bagi sesiapa yang mahu mendalami ajaran-ajaran Islam, maka ia akan menyedari sepenuhnya bahawa Islam datang kepada manusia adalah untuk menatang kehidupan mereka bermula dari sekecil-kecil perkara sampai kepada hal-hal yang penting.

Segala urusan di dunia ini ada perhitungannya yang menjadikan ia matang. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am,ayat 38, yang bermaksud:

“Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab”


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu bersih dan sangat menyukai kebersihan.”


Dalam hadith lain Beliau bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah dan sangat menyukai keindahan.”


sbnrnye,byk p`kara yg dpersoalkn tp bg sya ckplah skdar ini shja sbgai penerang buah ilmu pengetahuan dan saya b`syukur walaupn msih lg dlm lgkgn remaja bahkan ramai yg memberi sokongan yg hebat t`hdp usha dkwah saya jga turut m`beri semangat dalam memajukn komuniti pembangunan modal insan..mudah2an kita sama2 memperolehi fahaman yg lbh ji`tu dlm urusn Agama Allah.

No comments:

Post a Comment