Renungkanlah

Abdullah bin Mubarak berkata:-Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.

Kulliyah Ust Zahazan

Tafsir at-tahrim siri 1
http://www.mediafire.com/?izdxjjwynml
Tafsir at-tahrim siri 2
http://www.mediafire.com/?td0zmminyzj
Tafsir at-tahrim siri 3
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 4
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 5
http://www.mediafire.com/?2twm4hdtyzn
Tafsir at-tahrim siri 6
http://www.mediafire.com/?q11jztzfnjm
Tafsir at-tahrim siri 7
http://www.mediafire.com/?j44hy0m2twd
Tafsir at-tahrim siri 8
http://www.mediafire.com/?t0mzklyuygy
Tafsir at-tahrim siri 9
http://www.mediafire.com/?nfe5nzlzmdd
Tafsir at-tahrim siri 10
http://www.mediafire.com/?dcwmmoyzaly
Tafsir at-tahrim siri 11
http://www.mediafire.com/?domxbnznzdn
Tafsir at-tahrim siri 12
http://www.mediafire.com/?gzqjyjkmayd
Tafsir at-tahrim siri 13
http://www.mediafire.com/?xj2myjmjgzd
Tafsir at-tahrim siri 14
http://www.mediafire.com/?zmjhm1itmgx
Tafsir at-tahrim siri 15
http://www.mediafire.com/?mldybyn1nzi

Tafsir at-tahrim siri 17
http://www.mediafire.com/?xnoyujzmtj4

Tafsir at-tahrim siri 19
http://www.mediafire.com/?qqzm4kmnh3l

Tafsir at-tahrim siri 21
http://www.mediafire.com/?yubuwmilymm
Tafsir at-tahrim siri 22
http://www.mediafire.com/?ryywdmjtzxm
Tafsir at-tahrim siri 23
vhttp://www.mediafire.com/?kombyggfjxn
Tafsir at-tahrim siri 25
http://www.mediafire.com/?mdz4rhwzj5j
Tafsir at-tahrim siri 26
http://www.mediafire.com/?fmmitvylzxy
Tafsir at-tahrim siri 27
http://www.mediafire.com/?h0kzwnmnght
Tafsir at-tahrim siri 28
http://www.mediafire.com/?dbwjd54wbtz
Tafsir at-tahrim siri 29
http://www.mediafire.com/?dndzylt4cnd
Tafsir at-tahrim siri 30
http://www.mediafire.com/?wzyeyjkkw2z
Tafsir at-tahrim siri 31
http://www.mediafire.com/?mjqxmzkehgo
Tafsir at-tahrim siri 32
http://www.mediafire.com/?jwtbqyyzvuy

Monday, December 13, 2010

Memahami Sunnah Evolusi...




Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Tidak ada yang tidak berubah dalam hidup ini dan tidak ada keadaan yang sentiasa tetap.
Bumi ini berputar.
Alam bergerak.
Manusia, haiwan dan tumbuhan semuanya menjalani perubahan kehidupan.
Perubahan merupakan sunnatullah yang tidak akan pernah berubah.
Keadaan suatu bangsa juga pasti mengalami perubahan.
Peta kejayaan dan kekalahan suatu umat pun pasti bergilir.
Semua itu berlaku silih berganti seperti pergantian malam dan siang atau seperti putaran roda.
Itulah putaran perubahan yang tunduk kepada sunatullah.
Apakah rahsia di sebalik sunnatullah tersebut?
Al-Qur’an mengajarkan semua itu kepada kita agar :
Kita tidak jatuh dalam lubang kekecewaan dan keputusasaan.
Kita tidak terjerumus dan terlontar oleh arus yang tidak menentu dalam berjuang menegakkan kebenaran dan menjalani kenyataan hidup.
Suasana saat ini adalah masa-masa yang genting di mana rentang waktu yang banyak membuatkan kita resah, sedih, perihatin dan gelisah.
Resah akan ketidakupayaan dunia dan umat Islam di hadapan kerakusan orang-orang yang rakus.
Kesedihan dan keperihatinan kerana ketidakmampuan dunia dan umat Islam menghadapi kezaliman orang-orang yang zalim.
Benar, tidak ada yang tidak berubah dalam hidup ini tetapi yang lebih penting kita renungi sekarang adalah petunjuk Allah bahwa perubahan itu tidak berdiri sendiri.
PERUBAHAN NASIB DAN KEADAAN BUKAN SEBUAH HADIAH. Firman Allah swt :
“Allah tidak mengubah keadaan atau nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
Menurut Al-Bukhturi dalam `Diwan’nya, ada dua unsur terpenting dari perubahan iaitu :
Hati yang berkilau.
Semangat yang bergelora.
Ia menyebutnya dalam ungkapan, “nafsun tadhi` wa himmah tatawaqqad”.
1. HATI YANG BERKILAU. Hati yang berkilau adalah kiasan dari niat yang bersih dari bebanan noda, kotoran, hawa nafsu, cita-cita keduniaan dan kepentingan peribadi walau apapun bentuknya.
Itulah yang menjadi prinsip dan pegangan Umar bin Abdul Aziz iaitu Khalifatul Mu’minin yang diberi julukan sebagai `Khulafa ur Rasyidin’ kelima
.
Hisyam bin Abdul Malik menggambarkan hal ini dalam ungkapannya :
“Aku tidak mendapati Umar melangkah satu langkah sekalipun kecuali Umar telah meneguhkan niatnya.” (Sirah Umar, Ibnu Abdil Hakam)
Kuat dan lurusnya niat Umarlah yang menjadikannya berhasil dalam waktu dua tahun lebih melakukan perubahan besar yang menyeluruh ke semua wilayah Islam.
Umar bin Abdul Aziz, khalifah yang amat kita rindui dan dambakan itu memang pernah mengatakan niat dan tekadnya ketika ia menggantikan kedudukan khalifah yang sebelumnya dipegang oleh Sulaiman bin Abdul Malik.
Ketika itu Umar mengatakan :
“Aku akan duduk di sebuah tempat yang tidak kuberikan sedikitpun tempat untuk syaitan.” (Sirah Umar, Ibnu Abdil Hakam).
Itulah niat dan tekad Umar iaitu :
Bersih.
Tulus.
Kukuh.
Itulah jiwa yang berkilau.
Niat yang bersih juga menjadi ukuran prestasi dan kualiti amal yang dilakukan oleh pemiliknya.
Abdullah bin Mubarak pernah menyebutkan :
“Berapa banyak amal yang kecil tapi dibesarkan oleh niat dan berapa banyak amal yang banyak namun dikecilkan kerana niat.”
Begitu juga ungkapan tokoh tabi’in, Mutharrif bin Jalil Abdullah :
“Baiknya amal tergantung kepada baiknya hati. Baiknya hati tergantung dengan baiknya niat. Siapa yang niatnya baik maka ia akan baik dan siapa yang niatnya bercampur dan kotor, maka ia menjadi kotor dan bercampur.”
Mari bersama kita tanamkan keyakinan bahwa niat dan kebersihan hati ini mestilah kita letakkan pada tempat yang paling tinggi yang mendapat perhatian kita yang paling besar.
Jangan sampai, berbagai aktiviti lain menjadikan kita lupa dari memelihara niat dan kesucian hati.
Inilah yang disinggung oleh Musthafa Shadiq Ar Rafi’i dalam `Wahyul Qalam’ :
“Kesalahan terbesar adalah bila engkau berusaha meluruskan dan membetulkan kehidupan yang ada di sekitarmu, tapi engkau meninggalkan kekacauan dalam hatimu.”
2. SEMANGAT YANG BERGELORA.
Syarat perubahan yang kedua, adalah `himmah tatawaqqadu‘ iaitu semangat yang tinggi dan bergelora.
Niat yang bersih akan menjadi kekuatan yang dahsyat apabila diikat dengan :
Ketinggian tekad.
Kekuatan semangat.
Menurut Ibnul Qayyim dalam `Al-Jawaabul Kaafi’ :
“Hati itu seperti burung, bila terbang meninggi maka ia akan jauh dari bahaya, tapi bila ia semakin dekat ke bumi, ia semakin terancam oleh bahaya.”
Kekuatan burung untuk terbang lebih tinggi mesti didukung dengan kekuatan niat dan semangat.
Pertautannya begini, setiap kali jiwa seseorang meninggi semangatnya maka hati pun akan bersih dari berbagai pencemaran dan sentiasa sibuk dengan urusan yang besar. Sekaligus semangat itu pula yang akan menjadikan hati terpelihara dari penyakit dan panahan syaitan.
Semangat dan obsesi yang tinggi ini yang menjadikan seorang salafussoleh di hadapan murid-muridnya mengatakan :
“Demi Allah aku tidak menyukai kehidupan dunia untuk mencari wang atau untuk berdagang, tapi untuk zikir kepada Allah dan membacakan kepada kamu hadits Rasulullah saw.” (Tarikh Baghdad)
Inilah juga yang menjadikan Imam Hasan Al Banna dalam `Muzakkiratu dakwah wad da’iyah’ mendefinasikan pejuang Islam adalah orang yang :
“Memberikan seluruh hartanya, seluruh darahnya, seluruh jiwanya di jalan akidahnya yang ia yakini kebenarannya dan ia lakukan hidup untuknya.”
Tidak ada jiwa yang tidak disibukkan dengan perkara yang besar kecuali ia akan disibukkan oleh perkara yang kecil.
Tidak ada jiwa yang tidak disibukkan dengan kebaikan kecuali ia pasti disibukkan dengan keburukan.



Muhammad Ahmad Ar Rasyid dalam `Ar Raqaai’q’ mengatakan :
“Jiwa itu sentiasa cenderung pada yang enak dan santai. Tidak berselera kepada sesuatu yang tidak disukai dan berat. Maka angkatlah jiwamu sejauh engkau boleh mengangkatnya ke tempat yang tinggi.” Begitulah indah dan idealnya kekuatan iman.
Tapi ingat, semangat yang tinggi bagi mempersembahkan hidup untuk urusan-urusan yang besar serta berjuang untuk kepentingan akhirat bukanlah bererti :
Tidak menjejakkan kaki di bumi.
Menolak segala keperluan wasilah dan prasarana kehidupan.
Ini adalah kerana justeru bekalan ketinggian semangat untuk mengharungi perjuangan panjang mestilah juga disokong dengan perbekalan kehidupan yang mencukupi.
Jiwa ini perlu kepada :
Tentangan.


Perlawanan.
Dalam suasana ada tentangan dan perlawanan yang memunculkan `mujahadah’ atau usaha keraslah akan munculnya kualiti iman yang baik.
Sayyid Quthb, pejuang dakwah Islam yang syahid di tali gantung sangat mengerti sekali tentang perkara ini apabila beliau berkata di dalam `Haadza Deen’ :
“Hakikat iman tidak akan terbukti kesempurnaannya dalam hati seseorang sehingga ia menghadapi tentangan dengan usaha orang lain (yang berlawanan dengan imannya). Kerana di sinilah, seseorang akan melakukan mujahadah sebagaimana orang lain melakukan mujahadah kepadanya untuk menghalanginya dari keimanan. Di sinilah cakrawala iman akan tersingkap dan terbuka. Keterbukaan yang tidak pernah berlaku pada jiwa orang yang merasakan iman secara datar”.
Ya Allah, jadikanlah hati-hati kami sentiasa terpaut dengan perkara-perkara yang akan meninggikan darjat kami di sisiMu. Jauhkanlah diri kami dari terlibat dengan hal-hal yang tidak penting serta tidak memberi manfaat kepada ketinggian Islam. Kurniakanlah kepada kami jiwa yang bersinar serta semangat yang tinggi untuk kami serahkan segala-galanya di atas jalanMu yang lurus.
Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

“Ukhuwah Teras Kegemilangan”

Tuesday, November 2, 2010

perkara Yang Nak diBawa Ke Mahkamah Allah

Dunia Kini Nampaknya kemaksitan dan kemungkaran adalah perkara biasa, bencana jugak makin hari makin banyak, kemalangan sana sini, dah nak kiamat ke dunia ni...MasyaAllah

Kiamat tu pasti datang, tapi adakah kita bersiap sedia dengan itu...Banyak benda jugak berlaku dalam tempoh beberapa minggu, hingga tiada tempat untuk mengadu masalah selain Allah.

Ni antara satunya, apabila hiburan tu menjadi sesuatu yang sangat diraikan dan dinanti-nantikan tapi bila suruh pergi program agama..hampeh..banyak la alasan tu alasan ni...benda ni yg kita nak bawa ke akhirat

Istiqamah dan Pilihlah Jalanmu

Sesungguhnya hidayah tu milik Allah, bukan layak seseorang naqib dan naqibah untuk menentukan siapa yang akan bersamanya, cuma si naqib dan naqibah ni antara orang yang bertuah kerana dicampak hidayah tu dan bila-bila masa saje Allah boleh tariknya. Maka berbekalkan hidayah tu, para naqib naqibah ni pun mahu menarik adik-adiknya bersama-samanya, bersama-sama rasa hebatnya ISLAM, indahnya ISLAM, mabruknya BERJEMAAH, rahmatnya UKHWAH, manisnya MEMPERJUANGKAN ISLAM...

Tapi jika ada adik usarah yang mahu menjauhkan diri dan lari, apalah daya, ditarik pun masih cuba melepaskan diri, maka hidayah milik Allah...pilihalah jalanmu...tapi apa yang nak dibawa ke akhirat kelak...adakah amalan kita sehebat sufi, segah wali dan para ulama'..jika demikian pilihlah jalanmu

Tapi jika kita berasa kita tidak mamapu, maka ambillah alternatif yang Allah berikan kat kita...syahid dengan memperjuangkan agama-Nya...istiqamahlah

Naqib Naqibah Refleksi Diri


Kenapa adik usrah lari? Kenapa adik usrah ni susah sangat nak ikut usrah dan program-program lain usrah? Yang palin penting puncanya adalah dari naqib naqibah sendiri, kalau usrah pun payah nak buat, jumpe pun kadang-kadang macamana adik-adik nak ikut kata kita, tapi bila kita dah CUBA untuk buat semua tu tapi masih tak berjaya...berserah saja pada Allah...hidayah milik Allah

Kalau boleh kita nak bawak semua umat Islam untuk sama-sama bangkit memperjuangkan Islam, namun apa daya kita, Nabi Nuh berdakwah seama beratus tahun namun masih tak dapat bawa semua umatnya bersama-samanya, begitu juga Rasulullah, bukan semua mahu bersama-sama baginda. Oleh, itu jangan bersedih, kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!

Semoga amalan-amalan kita buat ni menjadi benda YANG BAIK untuk dibawa ke akhirat kelak...InsyaAllah

Wallahualam.

Teringat pesan ayahanda..

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...



Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua inisering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang
Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah
kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu
menuntut ilmu.Makrifat,Syariat,Hakikat,Tariqat, dan . Feqah+Tasawwuf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan Mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin
solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++,... * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum
Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Siapa kita....????


ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang
lain.

Perginya seorang sahabatku Disisi TuhanNYA

Sahabatku telah pergi menemui tuhan nya buat selama2nya....selamat tinggal shbtku,Aku Doakan moga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....Memori dan semangat nya dalam berjuang agama akan ku pahatkan dalam hati dan akan ku jadikan motivasi untuk terus berjuang... Al fatihah kepada nya fatimah az zahrah binti jaafar yang telah kembali ke rahmatullah pada 24.9.2010..

Monday, November 1, 2010

Meniti Suatu Perjalanan...

selang beberapa hari yg lpas,saya pernah ditanya oleh seorang mad`u yg dipimpin oleh saya sendiri..
soalan2 yg dikemukakan amat menguji kefahaman dlm ilmu pengetahuan,oleh krn saya mengambil jurusan "Comparism Religion+Usuluddin dan ilmu wahyu"(syariah).shbt2 yg saya pimpin ini selalu musykil dlm bab2 agama bahkn bertubi2 soaln yg dkemukakn...pernah jga bbrp org ust di hostel menyanyakn soalanya..bg saya,ini smua merupkan perkara yg biasa dan bkn saya shja yg bleh memahami ilmu dunia+akhrt dgn mndlm bahkn b`juta manusia yg lbh b`kualiti fahamnnya dri saya tp wlau ap pn sya cbe m`bntu ats dasar keperihatinan saya terhadap umat nabi SAW..
Antara soalan2 yg dkemukakn spt:-

SOALAN:

Kenapa percakapan ahli Salaf lebih bermakna daripada percakapan kita?

JAWAPAN

Ini kerana mereka bercakap dengan penuh keikhlasan dan mempunyai nawaitu untuk mengembangkan agama Allah atau berdakwah.

Hamadun al-Qusar menjawab: kerana mereka bercakap untuk ketinggian Islam, menyelamatkan jiwa dan mendapatkan keredhaan Allah. Sementara kita bercakap untuk ketinggian diri, mencari keduniaan dan mendapatkan pemberian makhluk.

SOALAN:

Bagaimanakah kedudukan ilmu rasaan?

JAWAPAN

Ahli tasawwuf berpendapat bahawa ilmu-ilmu rasaan rohani yang terbuka hakikat kepada mereka mulanya tidak jelas maknanya secara terperinci, tetapi apabila mereka memberikan perhatian dan akal mereka bekerja kerananya dengan detail dan mendalam maka, jelas kepada mereka hakikatnya dan ternyata ia bertepatan dengan syariah, maka ilmu-ilmu seperti ini apabila hendak dijelaskan melalui ungkapan biasa amatlah sukar kerana disamping susahnya ilmu-ilmu itu ia juga berlaku tanpa kehendak ahlinya dan amat sukar untuk dikenali dengan tepat.

Inilah yang membuatkan mereka menggunakan bahasa isyarat yang amat sukar difahami. Hakikat ini dijelaskan oleh al- Qusyairi dengan katanya: Ahli hakikat itu apabila menerima sesuatu yang diberikan pada mulanya mereka tidak mengetahuinya dengan detail selepas itu barulah dibuka kepada mereka hakikatnya. Pada ketika itu mungkin keluar daripada lidah mereka sesuatu yang mereka tidak memahaminya tetapi apabila selesai daripada apa yang mereka katakan terdapat di hati mereka dalil dan kebenaran apa yang mereka katakan itu daripada syariah.

SOALAN:

Apakah hubungan antara ma’rifah dan syariah?

JAWAPAN

Ma’rifah ialah pengetahuan atau mengetahui yang hampir sama dengan maksud ilmu. Sebahagian ulama’ membezakan antara kalimah ma’rifah dengan ilmu, tetapi makna kedua-dua hampir sama. Dengan sebab itu Sahal bin Abdullah berkata: Awal maqam pada ma’rifah bahawa dikurniakan kepada hamba keyakinan pada sirnya yang menjadi tenang segala anggota dan tawakal kepada tubuh badan yang menyelamatkan dengannya daripada dunia dan kehidpan pada hatinya yang menang dengannya pada kesudahan.

Zul al-Nun juga menghubungkan ma’rifah dengan syariah. Katanya: alamat orang Arif ada tiga:

1. Cahaya ma’rifatnya tidak memadamkan cahaya waraknya.
2. Dia tidak beriktikad ilmu batin boleh menafikan hukum-hukum zanir.
1. Nikmat Allah yang banyak kepadanya tidak boleh merobohkan batas-batas larangan Allah.

Ma’rifat menurut beliau, mempunyai matlamat akhlak iaitu, manusia mencontohi akhlak Allah mengikut kadar kemampuan manusia. Katanya: Pergaulan seorang arif ialah menerusi akhlak dan sifat-sifat Allah s.w.t.

Seorang arif apabila bertambah ma’rifahnya kepada Allah maka bertambah khusyu’nya katanya: Seorang arif setiap hari bertambah khusyu’ kerana setiap masa dia bertambah hampir kepada Allah. Keseluruhan dirinya mengadap kepada Allah dan katanya lagi bahawa seorang arif tidak tetap pada satu-satu keadaan , tetapi dia harus bersama Tuhannya dalam semua keadaan.

Pentingnya Zul al-Nun dalam tasawwuf disebabkan beliaulah orang pertama daripada ahli tasawwuf bercakap tentang ma’rifah secara mendalam. Darinya buat pertama lahir ciri ma’rifat dalam tasawwuf.

Beliau berpendapat ma’rifat adalah kemurahan daripada Allah yang dilimpahkan kepada seorang arif. Dengan itu beliau menjadikan ma’rifat ahli sufi berlainan daripada ma’rifat ahli kalam dan ahli falsafah yang memperolehi menerusi usaha dan akal.

Zu al-Nun menerangkan apabila beliau ditanya: Dengan apa engkau mengetahui Tuhanmu? Beliau menjawab: Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Dan dalam risalahnya yang bertajuk: “Bicara Tentang Basmalah ( Bismillah)”, kita dapati beliau membahagikan ma’rifat kepada tiga bahagian. Katanya: Mengenal Allah ada tiga tahap:

1. Ma’rifat tauhid iaitu bagi semua orang awam Mukmin.
2. Ma’rifat hujjah dan dalil, iaitu bagi ulama dan hukama
3. Ma’rifat sifat-sifat keesaan dan keunggulan Allah. Ini khusus bagi para wali Allah dan hamba pilihan-Nya.

SOALAN:

Apakah perlu membersihkan zahir?

JAWAPAN

Ya, dengan sebab itu mukaddimah kepada feqh khususnya solat ialah taharah, di mana taharah mempunyai hikmah yang banyak sehingga ditekankan dalam ibadat.

Kebersihan jiwa seseorang dapat dicerminkan dari kebersihan diri dan penampilannya, sehingga sebahagian ahli hikmah berkata: “Orang yang kotor bajunya bererti kotor juga jiwanya.”

Ramai orang yang menderita tekanan perasaan di dunia ini adalah disebabkan oleh tidak adanya kebersihan, perapian dan peraturan. Keadaan rumahnya yang tidak teratur, baju yang kotor lagi lusuh, ruang pejabat yang tidak tersusun. Perancangan jadual yang tidak teratur dengan yang lainnya merupakan salah satu punca asas yang membuat orang menjadi tertekan.

Bagi sesiapa yang mahu mendalami ajaran-ajaran Islam, maka ia akan menyedari sepenuhnya bahawa Islam datang kepada manusia adalah untuk menatang kehidupan mereka bermula dari sekecil-kecil perkara sampai kepada hal-hal yang penting.

Segala urusan di dunia ini ada perhitungannya yang menjadikan ia matang. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am,ayat 38, yang bermaksud:

“Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab”


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu bersih dan sangat menyukai kebersihan.”


Dalam hadith lain Beliau bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah dan sangat menyukai keindahan.”


sbnrnye,byk p`kara yg dpersoalkn tp bg sya ckplah skdar ini shja sbgai penerang buah ilmu pengetahuan dan saya b`syukur walaupn msih lg dlm lgkgn remaja bahkan ramai yg memberi sokongan yg hebat t`hdp usha dkwah saya jga turut m`beri semangat dalam memajukn komuniti pembangunan modal insan..mudah2an kita sama2 memperolehi fahaman yg lbh ji`tu dlm urusn Agama Allah.

Tasawwuf+Ummah

Tasawwuf?ap itu tasawwuf?bile dibicarakn tntang perkataan tasawwuf sebenarnya muncul seiringan kemunculan islam. Kesahihan ini terbukti apabila munculnya para tokoh ahli tasawwuf yang terkenal sehingga dewasa kini, antaranya ialah Hasan al-Basri, Hatim al asamm, Abdul al-Wahid Zayd dan ramai lagi. Ilmu Tasawwuf memberi keberkesanan kepada Tazkiyah al-Nafs. Namun ada juga golongan yang mengatakan Tasawwuf adalah satu amalan yang Bid’ah. Hujah golongan yang menentang Tasawwuf mengatakan bahawa amalan ini merupakan amalan yang baru dan tidak pernah wujud di zaman Rasulullah.


Hujah mereka dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam kitab amal al- qulub bayna al-sufiyyah wa ulama ahl-sunnah yang mengkritik bahawa nama Tasawwuf tidak pernah wujud di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Namun kenyataan ini dibidas kembali oleh kitab al-Tasawwuf al-shar’i allahdi yajhaluhu kathir min Mudda’ihi’ wa Munqidih menyatakan bahawa selepas kewafatan Rasulullah penjanaan iman mulai merosot sehinggakan ada diantaranya yang murtad. Kemudian, golongan umat Islam yang berbaki pada waktu itu berasa gusar akan keadaan yang berlaku sehingga akhinya wujudlah sekumpulan ahli-ahli tasawwuf cuba untuk merangka metod yang sesuai digunakan bagi menyalakan semula keimanan ( makanan rohani ). Metod ilmu + amal = ihsan menjadi formula yang tepat untuk menjana iman secara efektif. Salah sebuah kitab yang mana turut mempertikaikan penambahan yang dilakukan oleh ahli-ahli sufi yang mana kebanyakannya adalah bercampur aduk antara Islam dan unsur-unsur luar.


Tetapi menurut penulis, ianya tidak menjadi masalah selagi ia masih berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Situasi ini bukan hanya diutarakan di negara-negara timur tengah tetapi ianya juga berlaku di Malaysia, seperti contoh Dr. Fatah Haron, mengecam golongan ahli sufi yang dikatakan mencampur adukkan Tasawwuf dengan kebatinan. Jika melihat jalan tengah, golongan pengkritik haruslah membezakan antara golongan ahli sufi dengan mereka yang sekadar mendakwa diri sebagai ahli sufi tetapi sebenarnya hanya membawa bid’ah. Kita dapat melihat sendiri sebenarnya isu yang paling diperdebatkan dalam Tasawwuf ialah Tasawwuf Falsafi bukanlah dari sudut Tasawwuf Akhlaki. Kerana, jika di lihat di dalam al-Quran terkandung begitu banyak perkara yang membincangkan tentang sikap zuhud, wara’ dan banyak lagi yang mana kesemua ini ada dalam Tasawwuf Akhlaqi

Saturday, April 3, 2010

Baitul Muslim Dakwah


Baitulmuslim - Rumahtangga Islam(muslim)

Dakwah - iaitu seruan kpd syariat Allah/ajak manusia menyembah Allah swt

Komponen:

1. Suami
2. Isteri
3. Anak-anak

Apakah dasar-dasarnya?

Secara amnya ia merangkumi konsep keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan Allah.

Baitulmuslim dakwah. Saya lebih merujuk kepada komponen dalam membentuk baitulmuslim dakwah.

Pertamanya ialah bakal suami, anak kpd ibubapa, pemuda(syabab) di jalan dakwah. Bermulanya fasa pembentukkan individu muslim iaitu sebagai seorang syabab, abang kepada adik-adik dan juga peranan sebagai seorang anak. Dalam fasa ini merupakan suatu yang sangat mustahak bagi seorang pemuda Islam yg beriman. Dalam proses pembentukan individu muslim mengikut acuan Islam yang syumul memerlukan kefahaman yang mendalam tentang ilmu-ilmu Islam. Dalam fasa inilah perlu ada dalam diri setiap pemuda Islam untuk mentarbiyyah(mendidik) diri menjadi muslim yg benar-benar bertaqwa.

Mesti ada dikalangan kita yang menginginkan bakal-bakal zuriat mereka nanti menjadi pejuang-pejuang kebenaran. Ada juga yang inginkan anak-anak yang bakal lahir nanti menjadi professional ulama' iaitu mereka yang sangat perihatin dengan ilmu-ilmu keagamaan dan juga sains. Golongan ini dapat menghubungkaitkan antara al-quran dan sains.

Golongan professional ulama' yang hafaz keseluruhan al-quran dan dapat menguasai ilmu-ilmu fekah serta ilmu-ilmu sains dan dengan ilmu ini mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda masyarakat. Itulah yang diharapkan daripada baitulmuslim dakwah iaitu melahirkan generasi al-quran yang unggul. Itulah yang menjadi cita-cita saya sebagai seorang pemuda dan ayah kepada anak-anak ana nanti. Oleh itu,apa yang saya dapat kongsikan daripada artikel ini ialah bagaimana kita iaitu para pemuda Islam ingin merealisasikan impian dan harapan ini?

Saya mulakan dengan diri sendiri, selaku hamba Allah yg sangat lemah ini. Kalau kita ingin melahirkan generasi professional ulama' ini, perkara yang paling penting ialah perlunya kita mendidik diri kita terlebih dahulu untuk menjadi seorang professional ulama'. Sekiranya kita ingin melihat bakal anak-anak kita nanti hafaz quran, kita juga sekarang ini perlu hafal quran. Kalau kita ingin melihat bakal anak-anak kita nanti berminat dengan ilmu agama dan sains, kita pun sekarang ni perlu melazimkan diri untuk menuntut ilmu agama dan sains dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Sekiranya kita ingin melihat anak kita menjadi ulama' dalam bidang fekah dan tafsir, kita juga perlu mendidik diri kita sekarang ini dengan mempelajari ilmu fekah dan juga tafsir. Dan begitulah seterusnya berdasarkan apa yang kita ingin corakkan kepada generasi anak-anak kita nanti. Ini adalah satu permulaan bagi diri kita,insyaAllah.

Bilamana kita sebagai seorang bakal isteri, pastinya kita ingin jadi isteri yang solehah buat suami kita. Secara umumnya macam itulah. Katakanlah kita memasang impian untuk menjadi seorang isteri solehah bilamana berkeluarga nanti, jadi waktu sekarang inilah perlu kita latih diri kita untuk menjadi solehah. Wanita ini secara amnya bersifat lembut dan mereka ni sangat mahir dalam mendidik anak-anak.

Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada kaum wanita tetapi mereka perlu mendapat bimbingan daripada seorang suami yang soleh. Seorang isteri yang solehah ialah bilamana suami memandangnya akan terasa sejuk hati suaminya dan bertambah tenang jiwa suaminya, itulah yang dinamakan baiti jannati(rumahku syurgaku).

Peringatan daripada saya kepada kaum wanita, sekiranya antunna inginkan anak-anak yang bakal lahir nanti sebagai seorang pejuang agama Allah, maka hendaklah antunna melazimi diri dengan membaca al-quran setiap masa dan ketika, melazimi menghadiri majlis ilmu contohnya kuliah fiqh wanita, usrah-usrah dan sebagainya. Kalau antunna berpeluang untuk hafal quran, maka go on with that habit. Semoga anak-anak yang bakal lahir nanti akan mewarisi perilaku ibunya, insyaAllah. Maka akan lahirlah baitulmuslim dakwah.

Friday, March 12, 2010

~Tarbiyyah~

Meningkat dewasa, saya memahami bahawa tarbiyah itu tunjang dakwah. Dahulu saya boleh menerima bila sesuatu dakwah itu tidak disertakan tarbiyah, kini saya jadi pelik melihat dakwah tanpa tarbiyah. Gusar sebenarnya melihat fenomena dakwah (di forum, ceramah, BADAR, blog dan facebook) tanpa tarbiyah kerana ia tidak terpandu, tidak bermatlamat jauh, dan tidak memberikan hasil yang cepat dan tepat.

Teman-teman, matlamat, keikhlasan, pengorbanan, nasihat, peningkatan, kemanisan, ketenangan, dan sebuah kehidupan – semua itu saya peroleh dari tarbiyah.

Dalam tarbiyah, pemikiran kita tidak boleh sekadar mahu orang menyertai sistem usrah. Itu langkah pertama. Yang lebih penting selepas itu ialah bagaimana mahu meningkatkan para mutarabbi. Sudah tiba masanya kita berubah dari sekadar mengajar kepada mengasaskan sesuatu, dari sekadar memberi kesedaran kepada membina.

Tarbiyah bagi saya ialah sebuah pengembangan. Pengembangan iman, hati, perasaan, pemikiran dan amal. Ia bukan sekadar hadir usrah dan daurah. Kata kuncinya : Jangan setakat datang.

Contoh pengembangan ialah :

1) Dari merasai adanya randomly process dan kebetulan kepada merasai bahawa segalanya dalam kuasa Allah.

2) Dari pemandu kereta yang cepat marah kepada seorang pemandu kereta yang sabar dan berhemah.

3) Dari yang suka duduk bersendirian di bilik kepada usrah sebagai hobi.

4) Dari serabut kepada punyai susunan jadual hidup harian.

5) Dari sekadar ingin qiam dan berjamaah kepada merasa bersalah bila tidak menunaikan qiam dan solat berjamaah di masjid.

6) Dari sekadar menulis di blog dan facebook kepada membina downline para da’ie (pendakwah).

7) Dari merasa tidak bersalah melihat aurat kepada membenci untuk melihat aurat.

8) Dari sekadar menjadi mutarabbi (yang ditarbiyah) kepada turut menjadi murabbi (yang mentarbiyah).

9) Dari tidak biasa sms dan telefon jantina yang sama kepada membiasakan diri akan perkara tersebut.

Sebahagian teman-teman ada yang tidak sabar-sabar mahu menang lalu bersikap layu untuk ke program tarbiyah. Alhamdulillah atas keghairahan mahu menang itu. Nasihat saya, beri masa dan peluang untuk diri kamu ikuti jalan tarbiyah ini selama 3 atau 4 tahun, boleh ke?

Kerana, saya memahami tarbiyah itu tunjang dakwah, hanya bila saya semakin dewasa.

Dalil Tarbiyah dalam al Quran :

1) Ada 4 tempat.

2) Tadabbur 2 : 124-134. Keyword : kepimpinan, imtimroriyah (penerusan), tarbiyah, doa, amal vs propaganda, perbandingan 2 : 129 dan 2 : 151.

3) Tadabbur 2 : 151-157. Keyword : tentatif, kesan, tabiat, objektif, cabaran, sikap, ganjaran.

Monday, February 15, 2010

~Rindu dan Penasaran~

Tentu saja, Islam tidak membiarkan hati teraduk-aduk begitu saja oleh kerinduan yang teramat mendalam. Bolehnya merindukan si dia itu diperkuat oleh ayat:
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan [kerinduan] itu dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu mengingat-ingat mereka. dalam pada itu, janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan yang ma'ruf. dan janganlah kamu bertekad bulat untuk beraqad nikah sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun." (QS. al-Baqarah [2]:235)

Kalimat terakhir pada ayat tersebut mengungkapkan sifat Allah yang maha pengampun. Itu mengisyaratkan bahwa meskipun kerinduan terhadap si dia itu tidak berdosa, kita perlu berhati-hati. Kehati-hatian ini kita perlukan supaya kita tidak sampai melakukan perbuatan dosa lantaran hanyut dalam kerinduan. yang dimaksud dengan hanyut yang menimbulkan dosa ini diantaranya :
1) meminang janda yang belum habus masa 'iddah (masa tunggu)-nya,
2) meminang wanita yang sdang berada dlaam pinangan pria lain,
3) "zina hati" ("berzina dalam hati", yaitu mengharap-harap kesempatan untuk berzina), dan sebagainya.

~Jodoh~

Bukankah kita sebagai seorang muslim ingin mendapatkan yang terbaik bagi dunia dan akhirat, namun ketika mendapatkan yang sebaliknya kita jadi tidak sabar dan marah-marah. Padahal Allah sudah memperingatkan sebagaimana firman-Nya:

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Q.S.2:216)
“ Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Q.S.4:19)

Memang manusia tidak bisa disalahkan dengan apa yang diketahuinya. Mereka menganggap baik sesuatu yang menarik hatinya, itu tidak salah. Asalkan kemudian tidak melupakan hakikat sebenarnya dari apa yang disukai tersebut. Juga tidak melupakan tujuan hidup yang hendak dicapai. Hingga akhirnya ia bisa pasrah pada apapun kehendak Allah atas dirinya.
Kadang-kadang ada orang yang merasa perlu sedikit “ diplomatis” dalam rangka kepasrahan doa itu, seperti cerita Abu Nawas berikut ini:

Abu Nawas telah berdoa terus selama berbulan-bulan agar segera mendapatkan istri, namun Tuhan tak juga mempertemukannya dengan gadis yang mau diperistri. Akhirnya doanya pun diubah: “ Ya Allah! Kini aku tidak lagi minta untuk diriku. Ya Allah! Kini aku hanya minta untuk ibuku yang sudah tua, bukan untukku. Ya, Allah berikanlah dia menantu!”

Dilihat dari isinya, tentu tidak ada yang salah dalam doa itu. Memang, mungkin Tuhan lebih kasihan kepada ibunya ketimbang Abu Nawas. Tapi sebenarnya yang dilakukan oleh Abu Nawas adalah memohon ibunya mau mendoakan langsung pada Allah agar ia segera ketemu jodoh. Bkan justru menutupi kepentingannya dengan doa yang seakan-akan menjadi kepentingan ibunya.
Namun, berprasangka baiklah dengan doa seperti itu. Barang kali doa seperti itu justru diterima Tuhan. Bukan karena tingginya pengetahuan orang yang berdoa, melainkan karena kadar “ keluguan” alias kejujuran pada isi doa tersebut.
Dalam hal jodoh kalau memang lama tak kunjung tiba, tidaklah berarti Allah enggan kepada kita. Atau kita tak laku-laku karena wajah kita tak menarik. Bukan, bukan itu permasalahannya. “ Allah telah menciptakan manusia dengan bentuk sebaik-baiknya” (Q.S.At-Tiin:5), jadi bukan bentuk fisik kita tak menarik. Bukankah sering kita jumpai seorang wanita yang tidak begitu cantik memperoleh suami yang begitu rupawan? Bukankah makhluk Allah diciptakan dengan berpasang-pasangan. Itu semua karena kekuasaan Allah.
Yakinlah, bila kita sungguh-sungguh memiliki niat dan permohonan yang tulus, suatu saat Allah akan berikan jodoh kepada kita. Bisa cepat bisa lambat, hanya Allah yang tahu. Selama kita masih bernafas, jangan sekali pun berputus asa dari rahmat Allah. Allah menguji tapi kita boleh meminta, seperti pada firmannya berikut ini :

“ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, “ Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? (Q.S. Al-Ankabuut:2)
Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya Allah itu hidup lagi Maha Mulia dan Pemurah. Dia malu apabila seseorang menengadakan kedua tangannya lalu menolaknya dalam keadaan hampa dan sia-sia.” (HR. At-Tirmidzi)

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaknya mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku. Agar mereka dalam selalu kebenaran." (Q.S.2:186)