Ya Tuhan aku mengaku sudah berminggu solat ku tidak khusyu’...
adakah kecelakaanMu ke atas diriku kerana
aku termasuk orang-orang yang lalai dalam solatku..
Ya Tuhan aku mengaku sudah berminggu solat ku tidak khusyu’...
adakah aku akan gagal dalam peperiksaan kali ini
kerana menurutMu ciri orang yang berjaya
ialah mendirikan solat dengan khusyu’..
Ya Tuhan aku mengaku sudah berminggu solat ku tidak khusyu’...
maksiat ku bertambah amalan ku kucar-kacir
da’wah ku retak hidup ku hilang pedoman
bilakah seksaan ini akan berakhir?
Ya Tuhan aku mengaku sudah berminggu solat ku tidak khusyu’...
sungguh! aku merindukan saat
itu saat manis bersamaMu..
Ya Tuhan aku mengaku sudah berminggu solat ku tidak khusyu’...
rehatkanlah aku kembali rehatkanlah
aku kembali rehatkanlah aku kembali..
" SESUNGGUHNYA SOLAT ITU BERAT,KECUALI
BAGI MEREKA YANG KHUSYU' "
No comments:
Post a Comment